Perintah Menjaga Shalat-shalat Wajib Dan larangan Keras Serta Ancaman Hebat Dalam Meninggalkannya
Allah Ta’ala berfirman:

“jagalah shalat-shalat wajib itu dan shalat pertengahan.”(al-Baqarah: 238)

Beberapa alim-ulama mengatakan bahawa yang dimaksud dengan shalat pertengahan ialah shalat Asar.

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Jikalau mereka – orang-orang kafir – itu teiah bertaubat dan sama mendirikan shalat serta menunaikan zakat, maka lepaskanlah jalan mereka – yakni anggaplah sebagai orang mu’min yang Iain-lain.” (at-Taubah: 5)

1071. Dari Ibnu Mas’ud r.a., katanya: “Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Manakah amalan yang lebih utama?” Beliau s.a.w. menjawab: “Iaitu shalat tepat pada waktunya.” Saya bertanya lagi: “Kemudian amalan apakah?” Beliau s.a.w. menjawab: “Berbakti kepada kedua orang tua.” Saya bertanya pula:

“Kemudian apa lagi?” Beliau s.a.w. menjawab: “Iaitu berjihad fi-sabilillah.” (Muttafaq ‘alaih)

1072. Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Agama Islam itu didirikan atas lima perkara, iaitu menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji ke Baitullah dan berpuasa dalam bulan Ramadhan.” (Muttafaq ‘alaih)

1073. Dari Ibnu Umar r.a. pula, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Saya diperintah untuk memerangi para manusia, sehingga mereka itu suka menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad adalah utusan Allah, juga mendirikan shalat menunaikan zakat. Jikalau mereka telah mengerjakan yang sedemikian itu, maka terpeliharalah mereka itu daripadaku mengenai darah dan hartabenda mereka, melainkan dengan haknya Agama Islam, sedang hisab mereka adalah tergantung atas Allah.” (Muttafaq ‘alaih)

1074. Dari Mu’az r.a., katanya: “Saya diutus oleh Rasulullah s.a.w. ke Yaman, lalu beliau s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya engkau akan mendatangi sesuatu kaum dari golongan ahlulkitab-yakni kaum Yahudi dan Nasrani, maka ajaklah mereka untuk menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya saya adalah utusan Allah. Jikalau mereka sudah taat untuk berbuat sedemikian itu, 1075. Dari Jabir r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

1076. Dari Buraidah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Ikatan perjanjian antara kita – yaitu kaum Muslimin – dan mereka – iaitu kaum munafikin – ialah shalat. Maka barangsiapa yang meninggalkan shalat, sungguh-sungguh kafirlah ia.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

1077. Dari Syaqiq bin Abdullah at-Tabi’i yang sudah dimufakati -oleh para alim-ulama-tentang kebaikannya, rahimahullah,berkata: “Para sahabat Nabi maka beritahukanlah kepada mereka bahawasanya Allah itu mewajibkan kepada mereka shalat lima kali dalam sehari semalam. Jikalau mereka sudah taat untuk berbuat sedemikian itu, maka beritahukanlah pula bahawasanya Allah itu mewajibkan kepada mereka untuk mengeluarkan sedekah – zakat – yang diambil dari golongan mereka yang kaya-kaya dan dikembalikan kepada golongan mereka yang fakir-fakir. Jikalau mereka sudah taat berbuat sedemikian, maka takutlah engkau akan harta-harta mereka yang mulia – maksudnya jangan bertindak zalim dan menganiaya. Takutlah kepada doanya orang yang dianiaya. sebab sesungguhnya saja, antara doa itu dengan Allah tidak ada lagi tabirnya – yakni doa orang yang dianiaya pasti akan dikabulkan.” (Muttafaq ‘alaih)

Muhammad s.a.w. tidak berpendapat akan sesuatu dari sekian banyak amalan yang jikalau ditinggalkan lalu menjadikan kafir, kecuali hanya shalat saja.” Yakni: jadi kalau shalat yang ditinggalkan maka dapat menyebabkan orang yang meninggalkannya itu menjadi kafir.

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dengan isnad shahih.

1078. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya pertama-tama amalan yang seseorang itu dihisab dengannya ialah shalatnya, maka jikalau baik shalatnya itu, sungguh-sungguh berbahagialah dan beruntunglah ia dan jikalau rosak, sungguh-sungguh menyesal dan merugilah ia. jikalau seseorang itu ada kekurangan dari sesuatu amalan wajibnya, maka Tuhan Azzawajalla berfirman: “Periksalah olehmu semua – hai malaikat, apakah hambaKu itu mempunyai amalan yang sunnah.” Maka dengan amalan yang sunnah itulah ditutupnya kekurangan amalan wajibnya, kemudian cara memperhitungkan amalan-amalan lainnya itupun seperti cara memperhitungkan amalan shalat ini.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.