Shalat Sunnah Asar
1116. Dari Ali bin Abu Thalib, katanya: “Nabi s.a.w. itu bersembahyang sunnah empat rakaat sebelum Asar, memisahkan antara empat rakaat tadi dengan bersalam – yakni sesudah dapat dua rakaat bersalam dulu – kepada para malaikat muqarrabun dan orang-orang yang mengikuti mereka dari golongan kaum Muslimin dan mu’minin.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

1117. Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Allah memberikan kerahmatan kepada orang yang bersembahyang sunnah empat rakaat sebelum Asar.”

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

1118. Dari Ali bin Abu Thalib r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersembahyang sunnah dua rakaat sebelum Asar.

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.