Sunnahnya dirikan Malam Ramadhan Iaitu Untuk Mengerjakan Shalat Sunnah Tarawih

1184. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa berdiri bersembahyang dalam bulan Ramadhan kerana didorong keimanan dan keinginan memperolehi keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya yang terdahulu.” (Muttafaq ‘alaih)

1185. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya:

“Rasulullah s.a.w. itu menganjur-anjurkan supaya senang mengerjakan shalat – pada malamnya – bulan Ramadhan, tanpa menyuruh orang-orang itu dengan kekerasan – yakni bukan kewajiban. Beliau s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa berdiri bersembahyang dalam bulan Ramadhan kerana didorong keimanan dan keinginan memperolehi keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Muslim)